09 November, 2085

Assalamualaikum


Blog ini dibuat khusus untuk bekas pekerja Takaful Malaysia. 
Semoga ukhuwwah silaturrahim yang terjalin erat selama ini akan terus berkekalan.




31 October, 2011

TAKZIAH

Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat kita iaitu Tuan Haji Ismail bin Abdul Rahman telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini Isnin 31 Oktober 2011.

Beliau yang berasal dari negeri Melaka antara tenaga kerja terawal di Takaful Malaysia dan mula berkhidmat sebagai Kerani di Ibu Pejabat. Hasil kesungguhan kerja dan dedikasi yang ditunjukkan oleh Allahyarham, beliau berjaya mendaki kejayaan di Takaful Malaysia. Jawatan terakhir beliau adalah Pengurus Kanan di Jabatan Motor, Non Motor & Corporate Agency.

Beliau juga aktif dalam segala aktiviti yang dianjurkan Syarikat dan Usrah. Seorang yang ramah tamah, mudah bergurau dengan sesiapa sahaja tetapi serius dalam bekerja. Beliau seorang yang berpandangan jauh dan bijak mendorong staf untuk maju dalam karier.

Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada industri takaful, Takaful Malaysia dan kita khasnya.

Akhir kata, semoga Allah menempatkan Allahyarham di tempat orang-orang beriman dan beramal soleh.

Takziah sekali kepada keluarga Allahyarham dan bersabar menempuh dugaan hidup.

23 January, 2011

Tahun Baru 2011

Assalamualaikum,

Kepada sahabat-sahabat yang dihormati sekalian, terlebih dahulu saya meminta maaf banyak-banyak kerana jarang-jarang sekali update blog ini.

Tahun 2011 telah pun datang menjergah, blog ini masih lagi sepi tanpa ada apa-apa pengisian.

Sehubungan itu, jika ada sesiapa yang boleh mengendalikan blog ini atau ingin mencadangkan apa sahaja, bolehlah emel kepada saya.

13 September, 2010

Selamat Hari Raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN